Sunday, February 17, 2019

PASUKAN CATUR SDAR KNIGHT MENANG PINGAT PERAK Di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS 2019

17 Feb 2019, 7:00pm

Pasukan Catur SDAR Knight melalui Pasukan SDAR Knight 1 berjaya menang Pingat Perak (Naib Juara) di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS 2019.

Pasukan SDAR Knight 1
Pemenang Pingat PERAK

Pasukan SDAR Knight 1 yang diketuai Nik Emil Hisham Bin Nik Ahmad Hisham bersama-sama Iskandar Hakimi Bin Zulkippli, Fahim Al-Faqeh Bin Saleh dan Megat Imran Bin Megat Mohd Khusairi telah berjaya menang tujuh (7) dari lapan (8) pusingan.

Ini bermakna pasukan SDAR Knight 1 telah berjaya memungut 14 match point dan 25 game point.

Pasukan SDAR Knight Kingsmen 2
Pemenang Kategori SBP

Manakala Pasukan SDAR Knight Kingsmen 2 yang diwakili Hadi Fikri Bin Mohd Nizam, Luqman Abdul Hakim Bin Tajul Azwa, Irfan Dzafri Bin Nadzri dan Ahmad Basyir Hanif Bin Hanafiah berjaya memenangi Kategori SBP. Pasukan ini berjaya menang lima (5) dan seri dua (2). Pasukan Kingsmen 2 berjaya memungut 12 match point dan 22 game point

Pasukan Catur SDAR Knight bersama Cikgu Norsuriya di podium

Pasukan ketiga SDAR Knight diberi nama Poisson Pawn 3. Pasukan ini diwakili oleh Ahmad Faizuddin Bin Ahmad Shahrir, Muhd Aiman Najmi Bin Mohd Nazrizan, Adam Zafry Bin Zaharin dan Muhd Amyrul Bin Roshidi. Dengan empat (4) menang dan dua (2) seri, pasukan ini berjaya berada di Tempat Ke 50 dari lebih dua ratus (200) pasukan yang bertanding dalam kategori Sekolah Menengah dengan pungutan 10 match point dan 20 game point.

Sila ke URL - http://chess-results.com/tnr414954.aspx?lan=1&zeilen=99999 , untuk keputusan penuh.

Pasukan Catur SDAR Knight 2019
di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS Edisi Ketujuh

SYABAS & TAHNIAH kepada Pasukan Catur SDAR Knight!

Teruskan belajar dan berlatih (sparring) untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


(kredit: koleksi foto Tn Hj Zul)

No comments:

Post a Comment