Saturday, February 16, 2019

Pasukan Catur SDAR Knight Sedia Untuk Bersaing Di KUSESS International Chess Open 2019

16 Feb 2019, 7:30 pagi

Nampaknya 12 pemain catur SDAR Knight telah bersedia fizikal dan mental untuk memberi saingan terbaik di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS Edisi Ke 7 2019 terutamanya dalam acara Berpasukan Sekolah Menengah (Bawah 18 Tahun).

Menyorot kembali lima tahun lepas iaitu dari Edisi Ke 3 pada tahun 2015, satu-satunya pemain SDAR Knight yang telah menyertai Kejohanan Catur KUSESS ini setiap tahun adalah Iskandar Hakimi Zulkippli (gambar di bawah) dari kelas 5S.

Iskandar Hakimi Hj Zulkippli (kiri)
foto: hj zul

Pada Edisi Ke 3 itu, Hakimi yang baru di Tingkatan 1 bersama abangnya, Iskandar Farhat, dan dua lagi pemain catur lain iaitu Muhd Luqman Al-Hakim dan Afiq Jamil mewakili SDAR dengan pasukan yang diberi nama "TEAM SDAR". Walaupun pelajar yang paling Junior dikalangan pasukan Team SDAR, Hakimi telah diamanahkan untuk bermain di Papan Pertama. 

Bermain sebanyak 6 pusingan bersama 54 pasukan yang lain, keputusan akhir Team SDAR adalah 3 menang dan 1 seri dan berjaya mengutip 7 match point dengan 14 game point.

Sila ke URL - http://chess-results.com/tnr192280.aspx?lan=1 untuk keputusan terperinci.

Pada Edisi Ke 4 tahun 2016, SDAR menghantar dua pasukan iaitu pasukan SDAR 1 dan SDAR 2. Iskandar Hakimi bermain di Papan Keempat kali ini. Hakimi masih bersama dengan abangnya, Iskandar Farhat, dan Afiq Jamil. Taufik Zulkifli melengkapkan empat pemain sepasukan. 

Pasukan Catur SDAR Knight 2019
foto: cg suriya

Walaupun menang 5 dan hanya kalah 2 dengan 10 match point dan 20 game point, pasukan SDAR 1 berjaya naik podium dengan memenangi Tempat Kesepuluh dari sejumlah 132 buah pasukan yang bersaing.

Klik di URL - http://chess-results.com/tnr223229.aspx?lan=1 untuk keputusan penuh.

Pada Edisi Kelima tahun 2017, SDAR telah menghantar tiga pasukan di kejohanan ini - SDAR 1, SDAR 2 dan SDAR 3. Trio Iskandar Hakimi, Iskandar Farhat dan Afiq dalam edisi ini telah disertai oleh Nik Emil Hisham. 

Dengan 5 kemenangan dan 2 seri, SDAR 1 berjaya memungut 12 match point dan 23 game point. Namun score ini masih belum cukup untuk meraih gelaran Juara. Pasukan SDAR 1 berjaya memenangi Pingat Gangsa setelah bersaing dengan 144 pasukan lawan.

URL berikut, http://chess-results.com/tnr268786.aspx?lan=1  ada keputusan terperincinya.

Pasukan SDAR Knight 2019 bersama guru pengiring
foto: cg suriya

Pada Edisi Keenam tahun 2018, SDAR telah menghantar empat pasukan (SDAR A, SDAR B, SDAR C dan SDAR D) untuk bertanding di kejohanan ini. Ini bermakna seramai 16 pemain catur SDAR Knight berpeluang bersaing dan menguji kekuatan permainan catur menentang 140 pasukan yakni 150 opponent dari sekolah lain. 

Iskandar Hakimi dan Nik Emil Hisham yang bermain untuk pasukan SDAR A, disertai oleh Muhd Lukman Al-Hakim Muhd Yusuf dan pelajar baru, Fahim Al-Faqeh Saleh. Iskandar Hakimi dan Fahim Al-Faqeh pernah sepasukan dan memenangi Pingat Emas ketika mewakilili PPD Petaling Perdana di Kejohanan Catur MSS Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2014.

Pasukan SDAR Knight 2019 berjalan ke venue kejohanan dengan semangat jitu
foto: cg suriya

SDAR Knight menaruh harapan yang tinggi kepada keempat-empat pasukan terutamanya pasukan SDAR A untuk memenangi Pingat Emas atau sekurang-kurangnya Pingat Gangsa pada Edisi Keenam kejohanan ini. Walaupun pasukan SDAR A tidak pernah kalah dan menang 4 menentang lebih 140 pasukan, namun ia belum cukup untuk berada di Top 3. Empat pusingan di mana pasukan SDAR A seri (2 - 2), telah menyebabkan ia hanya berjaya mengumpul 22 game point dan 12 match point

Pasukan SDAR A hanya berjaya mendapat Tempat Kelapan pada Edisi Ke 6 Kejohanan Catur KUSESS acara Berpasukan tahun lepas.

Sila ke URL berikut : http://chess-results.com/tnr343368.aspx?lan=1

Secara ringkasnya, berikut adalah pencapaian pasukan CATUR SDAR Knight di Kejohanan Catur KUSESS atau KUSESS Chess Open.

Pencapaian Pasukan Catur SDAR Knight di Kejohanan Catur KUSESS


Pasukan Catur SDAR Knight 2019 di KUSESS International Chess Open
Edisi Ketujuh 2019
foto: cg suriya

Pasukan Catur SDAR Knight yang diketuai Nik Emil menjadi lebih bersemangat dan motivasi untuk beroleh keputusan Top 3 pada Edisi Ketujuh tahun 2019.

Berjayakah Pasukan Catur SDAR Knight? Tunggu sehingga kejohanan ini berakhir,

ALL THE BEST TO SDAR Knight chess players!!!

No comments:

Post a Comment