Friday, June 28, 2019

Memori Kejohanan Catur MSSNS 2019 - Guru Kelab Catur SDAR

Syukur, Alhamdulillah untuk memori Kejohanan Catur MSSNS 2019.

25 Jun 2019 hingga 27 Jun 2019 di SMK Tunku Besar, Tampin Negeri Sembilan.

Kategori Individu L18 Tahun
Tempat ke-4, Tempat ke-9 dan Tempat ke-11
Fahim Al Faqeh bin Saleh( 4/48). Wakil ke MSSM
Iskandar Hakimi bin Zulkippli (9/48).
Luqman Abdul Hakim bin Tajul Azwa ( 11/48)


Fahim Al-Faqeh
Individu L18 - Tempat Keempat


Iskandar Hakimi
Individu L18 - Tempat Kesembilan


Johan Kategori Berpasukan L18

3 pemain catur SDAR bersama rakan pasukan Catur L18 Daerah S2
JOHAN kategori Berpasukan L18

Terima kasih kepada rakan seperjuangan kak Ummi Intan, Suhaiza dan Fazilah Faz

Terima kasih GPKKoko kak Haslina Mohd Ali dan Pengurusan Sdar

Terima kasih parents encik Saleh Latif dan Zul Haron

Kejayaan teamwork. Kejayaan bersama.

#setiapperjuanganadacabaran
#setiapkejayaanituujian
#senyumselalu


Koleksi Foto

Foto 1 - Pemain SDAR Knights bersama guru pengiring

Foto 2 - Kontinjen Daerah Seremban 2

Foto 3 - Pemain SDAR Knights bersama pengurus kontinjen

Foto 4 - Iskandar Hakimi

Foto 5 - makan KFC

Foto 6 - guru pengiring pemain SDAR Knights

Foto 7

Foto 8

Foto 9 - makan di McD

Foto 10

Foto 11

Foto 12

Foto 13

Foto 14

Foto 15

Foto 16

Foto 17

Kutip Kata

Thursday, April 11, 2019

Koleksi Foto Pasukan Catur SDAR Knight di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS 2019

18 Feb 2019, 8:00pm

Berikut adalah koleksi gambar Pasukan SDAR Knight di Kejohanan Catur Antrabangsa KUSESS 2019. Kredit gambar-gambar adalah kepada guru pengiring dan ibu bapa pemain SDAR Knight.

Foto 1

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Foto 6

Foto 7

Foto 8

Foto 9

Foto 10

Foto 11

Foto 12

Foto 13

Foto 14

Foto 15

Foto 16

Foto 17

Foto 18

Sunday, February 17, 2019

PASUKAN CATUR SDAR KNIGHT MENANG PINGAT PERAK Di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS 2019

17 Feb 2019, 7:00pm

Pasukan Catur SDAR Knight melalui Pasukan SDAR Knight 1 berjaya menang Pingat Perak (Naib Juara) di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS 2019.

Pasukan SDAR Knight 1
Pemenang Pingat PERAK

Pasukan SDAR Knight 1 yang diketuai Nik Emil Hisham Bin Nik Ahmad Hisham bersama-sama Iskandar Hakimi Bin Zulkippli, Fahim Al-Faqeh Bin Saleh dan Megat Imran Bin Megat Mohd Khusairi telah berjaya menang tujuh (7) dari lapan (8) pusingan.

Ini bermakna pasukan SDAR Knight 1 telah berjaya memungut 14 match point dan 25 game point.

Pasukan SDAR Knight Kingsmen 2
Pemenang Kategori SBP

Manakala Pasukan SDAR Knight Kingsmen 2 yang diwakili Hadi Fikri Bin Mohd Nizam, Luqman Abdul Hakim Bin Tajul Azwa, Irfan Dzafri Bin Nadzri dan Ahmad Basyir Hanif Bin Hanafiah berjaya memenangi Kategori SBP. Pasukan ini berjaya menang lima (5) dan seri dua (2). Pasukan Kingsmen 2 berjaya memungut 12 match point dan 22 game point

Pasukan Catur SDAR Knight bersama Cikgu Norsuriya di podium

Pasukan ketiga SDAR Knight diberi nama Poisson Pawn 3. Pasukan ini diwakili oleh Ahmad Faizuddin Bin Ahmad Shahrir, Muhd Aiman Najmi Bin Mohd Nazrizan, Adam Zafry Bin Zaharin dan Muhd Amyrul Bin Roshidi. Dengan empat (4) menang dan dua (2) seri, pasukan ini berjaya berada di Tempat Ke 50 dari lebih dua ratus (200) pasukan yang bertanding dalam kategori Sekolah Menengah dengan pungutan 10 match point dan 20 game point.

Sila ke URL - http://chess-results.com/tnr414954.aspx?lan=1&zeilen=99999 , untuk keputusan penuh.

Pasukan Catur SDAR Knight 2019
di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS Edisi Ketujuh

SYABAS & TAHNIAH kepada Pasukan Catur SDAR Knight!

Teruskan belajar dan berlatih (sparring) untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


(kredit: koleksi foto Tn Hj Zul)

Saturday, February 16, 2019

Pasukan Catur SDAR Knight Sedia Untuk Bersaing Di KUSESS International Chess Open 2019

16 Feb 2019, 7:30 pagi

Nampaknya 12 pemain catur SDAR Knight telah bersedia fizikal dan mental untuk memberi saingan terbaik di Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS Edisi Ke 7 2019 terutamanya dalam acara Berpasukan Sekolah Menengah (Bawah 18 Tahun).

Menyorot kembali lima tahun lepas iaitu dari Edisi Ke 3 pada tahun 2015, satu-satunya pemain SDAR Knight yang telah menyertai Kejohanan Catur KUSESS ini setiap tahun adalah Iskandar Hakimi Zulkippli (gambar di bawah) dari kelas 5S.

Iskandar Hakimi Hj Zulkippli (kiri)
foto: hj zul

Pada Edisi Ke 3 itu, Hakimi yang baru di Tingkatan 1 bersama abangnya, Iskandar Farhat, dan dua lagi pemain catur lain iaitu Muhd Luqman Al-Hakim dan Afiq Jamil mewakili SDAR dengan pasukan yang diberi nama "TEAM SDAR". Walaupun pelajar yang paling Junior dikalangan pasukan Team SDAR, Hakimi telah diamanahkan untuk bermain di Papan Pertama. 

Bermain sebanyak 6 pusingan bersama 54 pasukan yang lain, keputusan akhir Team SDAR adalah 3 menang dan 1 seri dan berjaya mengutip 7 match point dengan 14 game point.

Sila ke URL - http://chess-results.com/tnr192280.aspx?lan=1 untuk keputusan terperinci.

Pada Edisi Ke 4 tahun 2016, SDAR menghantar dua pasukan iaitu pasukan SDAR 1 dan SDAR 2. Iskandar Hakimi bermain di Papan Keempat kali ini. Hakimi masih bersama dengan abangnya, Iskandar Farhat, dan Afiq Jamil. Taufik Zulkifli melengkapkan empat pemain sepasukan. 

Pasukan Catur SDAR Knight 2019
foto: cg suriya

Walaupun menang 5 dan hanya kalah 2 dengan 10 match point dan 20 game point, pasukan SDAR 1 berjaya naik podium dengan memenangi Tempat Kesepuluh dari sejumlah 132 buah pasukan yang bersaing.

Klik di URL - http://chess-results.com/tnr223229.aspx?lan=1 untuk keputusan penuh.

Pada Edisi Kelima tahun 2017, SDAR telah menghantar tiga pasukan di kejohanan ini - SDAR 1, SDAR 2 dan SDAR 3. Trio Iskandar Hakimi, Iskandar Farhat dan Afiq dalam edisi ini telah disertai oleh Nik Emil Hisham. 

Dengan 5 kemenangan dan 2 seri, SDAR 1 berjaya memungut 12 match point dan 23 game point. Namun score ini masih belum cukup untuk meraih gelaran Juara. Pasukan SDAR 1 berjaya memenangi Pingat Gangsa setelah bersaing dengan 144 pasukan lawan.

URL berikut, http://chess-results.com/tnr268786.aspx?lan=1  ada keputusan terperincinya.

Pasukan SDAR Knight 2019 bersama guru pengiring
foto: cg suriya

Pada Edisi Keenam tahun 2018, SDAR telah menghantar empat pasukan (SDAR A, SDAR B, SDAR C dan SDAR D) untuk bertanding di kejohanan ini. Ini bermakna seramai 16 pemain catur SDAR Knight berpeluang bersaing dan menguji kekuatan permainan catur menentang 140 pasukan yakni 150 opponent dari sekolah lain. 

Iskandar Hakimi dan Nik Emil Hisham yang bermain untuk pasukan SDAR A, disertai oleh Muhd Lukman Al-Hakim Muhd Yusuf dan pelajar baru, Fahim Al-Faqeh Saleh. Iskandar Hakimi dan Fahim Al-Faqeh pernah sepasukan dan memenangi Pingat Emas ketika mewakilili PPD Petaling Perdana di Kejohanan Catur MSS Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2014.

Pasukan SDAR Knight 2019 berjalan ke venue kejohanan dengan semangat jitu
foto: cg suriya

SDAR Knight menaruh harapan yang tinggi kepada keempat-empat pasukan terutamanya pasukan SDAR A untuk memenangi Pingat Emas atau sekurang-kurangnya Pingat Gangsa pada Edisi Keenam kejohanan ini. Walaupun pasukan SDAR A tidak pernah kalah dan menang 4 menentang lebih 140 pasukan, namun ia belum cukup untuk berada di Top 3. Empat pusingan di mana pasukan SDAR A seri (2 - 2), telah menyebabkan ia hanya berjaya mengumpul 22 game point dan 12 match point

Pasukan SDAR A hanya berjaya mendapat Tempat Kelapan pada Edisi Ke 6 Kejohanan Catur KUSESS acara Berpasukan tahun lepas.

Sila ke URL berikut : http://chess-results.com/tnr343368.aspx?lan=1

Secara ringkasnya, berikut adalah pencapaian pasukan CATUR SDAR Knight di Kejohanan Catur KUSESS atau KUSESS Chess Open.

Pencapaian Pasukan Catur SDAR Knight di Kejohanan Catur KUSESS


Pasukan Catur SDAR Knight 2019 di KUSESS International Chess Open
Edisi Ketujuh 2019
foto: cg suriya

Pasukan Catur SDAR Knight yang diketuai Nik Emil menjadi lebih bersemangat dan motivasi untuk beroleh keputusan Top 3 pada Edisi Ketujuh tahun 2019.

Berjayakah Pasukan Catur SDAR Knight? Tunggu sehingga kejohanan ini berakhir,

ALL THE BEST TO SDAR Knight chess players!!!

Friday, February 15, 2019

Pasukan Catur SDAR Sertai Kejohanan Catur Terbuka Edisi Ketujuh KUSESS 2019

15 Feb 2019

Pasukan Catur SDAR yang dikenali sebagai SDAR Knight akan menyertai Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Edisi Ketujuh 2019 yang akan berlansung di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, dikenali sebagai KUSESS, pada hari Sabtu, 16 Feb 2019 bagi acara Individu dan hari Ahad, 17 Feb 2019 bagi acara Berpasukan.


Pasukan Catur SDAR ie SDAR Knight bersama guru pengiring


Kejohanan Catur Antarabangsa KUSESS 2019 Edisi Ke 7


Seramai 12 orang pemain catur SDAR Knight akan bersaing dengan kira-kira 700 peserta dalam acara Individu Sekolah Menengah atau Bawah 18 Tahun  dan TIGA pasukan SDAR Knight akan berentap menentang hampir 220 pasukan catur dari sekolah-sekolah lain untuk menjadi Juara dalam acara Berpasukan Sekolah Menengah atau Bawah 18 Tahun. Pasukan Catur SDAR akan diiringi oleh Cikgu Norsuriya Hassan dan Cikgu Fazilah.

ALL THE BEST dan SELAMAT MAJU JAYA kepada Pasukan Catur SDAR di KUSESS International Chess Open.